Kes Guan Eng boleh tunggu tahun depan, kenapa Najib dipercepatkan? – Shafee
Kes Guan Eng boleh tunggu tahun depan, kenapa Najib dipercepatkan? – Shafee
Peguam, Tan Sari Muhammad Shafee Abdullah terkilan dengan tindakan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mahukan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dipercepatkan.
Beliau berkata, berdasarkan kenyataan hakim tersebut, kes ini sudah terlalu lama iaitu sejak 2018.
“Saya hairan, banyak kes serius, orang kena tuduh masih lagi meringkuk dalam penjara, menunggu tarikh untuk dibicarakan.
“Sepanjang kes Datuk Seri Najib Razak dijalankan, ada juga kes-kes berat lain seperti kes dadah yang turut sama di mahkamah.
“Mereka menunggu tarikh perbicaraan sangat lama, ada yang dua, tiga hingga empat tahun pun, sedangkan mereka tidak boleh dijamin.
“Tetapi, Datuk Seri Najib ada jaminan,” katanya dalam satu sidang media menerusi Zoom hari ini.
Beliau turut mempersoalkan sistem keadilan yang seharusnya diberikan kepada mereka yang meringkuk dalam penjara.
“Mengikut sistem perundangan yang betul adalah, perlu memberi keutamaan pada mereka yang tidak ada jaminan.
“Tetapi kita pula mempercepatkan kes-kes yang melibatkan VIP (orang kenamaan) ini dan ianya terlampau cepat.
“Jadi saya rasa ini tidak adil. Saya tak mahu cakap apa yang menyebabkan perkara ini berlaku.
“Saya tak mahu buat tuduhan yang bukan-bukan, seperti saya katakan, saya harap semua hakim menjalankan tugas mereka dengan terus-terang, dengan tidak berat sebelah,” katanya.
Menurut Muhammad Shafee lagi, mengapa kes yang membabitkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempunyai masa hingga tahun hadapan untuk keputusan.
“Saya dapat tahu kes rasuah itu tamat hari ini dan akan disambung bicara pada bulan Mac atau April.
“Jadi macam tak ada satu keperluan untuk dipercepatkan berbanding kes Najib,” katanya.
Pada 14 Disember lalu, Collin Lawrence Sequerah menolak permintaan pendakwaan kes 1MDB yang sedang di hadapi Najib bagi perbicaraan perbicaraan secara hibrid.
Ini juga kerana perbicaraan beberapa kali terpaksa ditangguh kerana status aplikasi MySejahtera Najib serta Muhammad Shafee masih lagi berwarna jingga dan kuning sekaligus tidak dibenar masuk ke dalam bangunan mahkamah. MG
Kes Guan Eng boleh tunggu tahun depan, kenapa Najib dipercepatkan? – Shafee
Baca Artikel Menarik :
- Wanita cantik tiba-tiba jadi lain (Video)
- 18 kali tonton video ini tetap menangis (Video)
- 176 bahagian Pemuda Umno mahu pemilihan parti selepas PRU15
- Kelibat Long Tiger dirakam CCTV?
- Guan Eng minta 10% keuntungan – saksi
- Najib, Zahid doakan kesihatan Mahathir
- Restoran Ala Thai di Hulu Langat Guna Ayam Tak Disembelih
- Rosyam takkan jadi hero, penjahat la pulak
- Semua tahu Amy dah keluar Search
- 10 tahun abang pakai sari pun saya kenal
- Kerajaan Lanjut Moratorium Selama Dua Tahun Bagi Golongan B50 Ke Bawah – PM
Layari Laman Facebook MYKMU</a
You must be logged in to post a comment.