‘Warrior Spirit’ Karya Alena Murang Menang Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Buenos Aires [VIDEO]

‘Warrior Spirit’ Karya Alena Murang Menang Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Buenos Aires [VIDEO]

Penyanyi dan pemain muzik sape terkemuka, Alena Murang sekali lagi melakar sejarah apabila memenangi Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Festival Muzik Video Buenos Aires (BAMV Fest) pada Jumaat.

 

Anugerah itu dimenangi menerusi karya muzik rakyat kontemporari berjudul ‘Warrior Spirit’.

Ini sekali gus menempatkan Alena antara beberapa senarai nama terkemuka dalam industri muzik antarabangsa seperti Lil Nas X, Celeste, Don Omar, AleXa, Doja Cat, dan Megan Thee Stallion yang turut menerima anugerah di BAMV Fest.

“Saya sangat berbangga dengan setiap ahli kumpulan, lebih-lebih lagi mengambil kira cabaran yang ditempuhi ketika pandemik, tetapi mereka tetap bersama menghasilkan muzik video ini.

“Ini termasuk kru produksi, penari, juru gaya, ahli kumpulan. Perkara indah berlaku apabila kita bersama,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Karya berdurasi empat minit 20 saat itu diarahkan oleh Sarah Lois Dorai bersama pasukan produksi tempatan, Kanid Studio dan Project Room.

Ujarnya, Project Room sentiasa menyediakan ruang termasuk idea kecil untuk berkembang dan perkara itu dibuktikan menerusi karya ‘Warrior Spirit’.

“Sumbangan dari setiap ahli pasukan dari segi suara, kemahiran dan bakat kreatif dalam penghasilan muzik video ini mengubah pelan asalnya sebagai video tarian sehingga menjadi platform untuk menonjolkan identiti serta budaya.

Ini termasuk memperkenalkan budaya kita ke persada antarabangsa menerusi naratif penceritaan,” kongsi Sarah dalam kenyataan sama.

Selain Alena, Warrior Spirit turut menampilkan ahli kumpulan iaitu Joshua Maran, Jonathan Wong Ketshin, Herman Ramanado dan Jimmy Chong.

‘Warrior Spirit’ adalah merupakan karya penceritaan berasaskan visual tanpa lirik.

Karya kontemporari ini dicipta untuk menunjukkan semangat kepahlawan yang dimiliki sejak zaman-berzaman seiring dengan latar belakang Alena sebagai gadis kelahiran Kelabit.

Terdahulu, Warrior Spirit juga sebelum ini menerima 14 anugerah di peringkat antarabangsa. Antaranya, muzik video terbaik di Anugerah Filem Antarabangsa New York, Anugerah Khas Juri di Anugerah Filem Los Angeles dan muzik video terbaik Asia dan Pasifik di Anugerah Muzik Video Antarabangsa United Kingdom (UK).-AA

‘Warrior Spirit’ Karya Alena Murang Menang Anugerah Muzik Video Dunia Terbaik di Buenos Aires [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Haris tegur Neelofa ‘headbanging’ masa dengar muzik

Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker