PrnSarawak: PSB parti pendendam – Abang Jo

PrnSarawak: PSB parti pendendam – Abang Jo

Pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS), Abang Johari Abang Openg menyifatkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebagai sebuah parti yang “pendendam”.

Abang Johari, tanpa menamakan sesiapa, berkata ada sebuah parti politik galak menerbitkan manifesto mereka di akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini.



“Tiap-tiap hari. (Mereka kata) We commit, we defend. Macam-macam. Dendam nama manifestonya,” katanya ketika bercakap di Gedong semalam.

Kenyataan Abang Johari itu jelas merujuk kepada PSB memandangkan parti itu kerap mengiklankan manifestonya di akhbar, selain ramai calon serta pemimpinnya merupakan bekas pemimpin parti komponen GPS.

Mengulas perkara itu, Presiden PSB, Wong Soon Koh yang pernah menganggotai kabinet BN Sarawak berkata Abang Johari enggan mengakui kegagalan kerajaan negeri yang lalu.

“Abang Johari betul yang saya dan dia harus menyalahkan diri sendiri kerana berada dalam kerajaan yang gagal untuk rakyat dan memungkir janji selama bertahun-tahun.



“Perbezaan antara dia dan saya sekarang, Abang Johari tidak mengakui kegagalan kerajaan lalu sebaliknya membuat lebih banyak janji dan projek mewah dengan membelanjakan rizab negeri yang diperolehi dengan susah payah.

“Dia kini meneruskan dasar yang akan menambah jurang sosial, dan melebarkan jurang antara kaya dan yang miskin dan akhirnya akan memberikan kesan negatif.

“Pendek kata, Abang Johari berada dalam penafian,” kata Wong, yang memegang jawatan kabinet di Sarawak antara 2004 dan 2019.

PSB pernah dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (UPP), sebuah parti serpihan daripada parti komponen GPS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Supp).



Bagaimanapun, sejak penubuhan PSB, parti itu mengambil bekas dan wakil rakyat daripada parti komponen GPS dan PKR.

Sesetengah penganalisis percaya PSB paling popular dalam kalangan parti pembangkang pada pilihan raya kali ini.

PrnSarawak: PSB parti pendendam – Abang Jo


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker