Didakwa ditendang lembu, rupanya bapa langgar ketika undur kereta

Didakwa ditendang lembu, rupanya bapa langgar ketika undur kereta

ALOR SETAR: Polis menahan seorang buruh warga Myanmar selepas siasatan mendapati kecederaan yang dialami bayinya berusia 12 bulan kerana dilanggar ketika dia mengundurkan kereta tetapi dimaklumkan kepada petugas perubatan kanak-kanak itu ditendang lembu.

Bayi perempuan berusia 12 bulan itu dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 10.56 malam akibat kecederaan di kepala dan mukanya melecet berikutan kejadian itu malam tadi di kediaman warga asing itu di Kubang Pasu.

Pihak petugas HSB dimaklumkan bayi perempuan berusia 12 bulan itu mengalami kecederaan akibat ditendang lembu ketika bermain di luar rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk G Suresh Kumar berkata, hasil siasatan polis mendapati mangsa dipercayai dilanggar oleh bapanya ketika mengundur kereta di kediaman mereka.

Beliau berkata, bayi perempuan terbabit cedera di bahagian kepala dan muka melecet dan keadaan terkini mangsa dilaporkan stabil dan masih di bawah pengawasan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di HSB.

“Susulan kejadian itu, satu kertas siasatan dibuka dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiaya, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian.

“Sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Suresh Kumar berkata, siasatan juga dilakukan bagi kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana suspek disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, bagi kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dari tiga bulan dan tidak melebihi dua tahun dan sebat tidak kurang dari tiga sebatan.

“Bapa mangsa berusia 27 tahun warga Myanmar bekerja sebagai buruh binaan itu ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut. BH

Didakwa ditendang lembu, rupanya bapa langgar ketika undur kereta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kolam tahi pun cantik di Kedah (Video)

‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’ [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker