Liverpool terus buru Adeyemi

ENGLAND: Biarpun Liverpool tidak akan menentang Red Bull Salzburg dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara namun, Jurgen Klopp masih mahu memerhatikan pasukan Austria itu berikutan mahu memburu penyerang muda mereka, Karim Adeyemi.

Penyerang berusia 19 tahun yang menerima anugerah Golden Boy Web Eropah malam tadi, dihujani dengan persoalan tentang masa depannya dan pengakuannya memberikan semangat kepada Liverpool dalam mengejar pemain bernilai 33 juta pound sterling itu.

Awal minggu ini, terdapat pelbagai laporan menyatakan bahawa Borussia Dortmund telah memenangi perlumbaan untuk mendapatkan Adeyemi, tetapi penyerang muda itu menolak dakwaan tersebut.

“Seperti yang sering berlaku, tiada apa yang diputuskan lagi. Seperti yang saya katakan, saya juga akan berada di Salzburg tahun depan dan di situlah tumpuan saya,” kata Adeyemi kepada pemberita menerusi Liverpool Echo.

Kenyataan itu menghidupkan peluang Liverpool untuk memikat Adeyemi ke kelab itu dan mereka akan mempunyai lebih banyak masa untuk membuat perjanjian memba­wanya ke Anfield.

Pemain antarabangsa Jerman itu telah berada dalam radar kelab sejak dia berumur 16 tahun. Klopp menyifatkan dia sebagai salah seorang pemain sayap pa­ling menarik dalam bola sepak dunia.

“Pasukan Red Bull Salzburg mempunyai Adeyemi sebagai salah seorang pemain sayap penyerang paling menarik dalam bola sepak ketika ini, serta pemain lain yang juga sangat bagus,” kata Klopp.

Adeyemi telah men­jaringkan 18 gol dan mencatatkan empat bantuan dalam 28 penampilan bersama Salzburg musim ini. – UTUSAN ONLINE

Liverpool terus buru Adeyemi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pertembungan ego Messi, Ronaldo kembali marak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker