Pertembungan ego Messi, Ronaldo kembali marak

Pertembungan ego Messi, Ronaldo kembali marak

NYON, Switzerland – Kelab gergasi Ligue 1, Paris Saint-Germain (PSG) akan membuat perhitungan ‘buku bertemu ruas’ menentang jaguh Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United pada aksi pusingan 16 terbaik, Februari depan.

Pada majlis undian yang berlangsung sebentar tadi, PSG yang dibimbing oleh Mauricio Pochettino terpaksa akur selepas meraih kedudukan naib juara Kumpulan A manakala The Red Devils mengungguli takhta Kumpulan F.



Pertembungan ini bakal menyaksikan perseteruan semula dua pemain yang dianggap sebagai terbaik sepanjang zaman, Cristiano Ronaldo yang kini mewakili United menentang Lionel Messi bersama PSG.

Sebagai rekod, United dan PSG telah bertemu pada pusingan 16 terbaik musim 2018/2019 dengan kemenangan berpihak kepada The Red Devils menerusi jaringan tempat lawan selepas keputusan terikat 3-3.

Sementara itu, juara musim lalu, Chelsea mendapat undian mudah selepas dijadualkan menentang juara Ligue 1 Perancis, Lille manakala naib juara, Manchester City akan menentang Villareal selain Liverpool dijangka tidak berdepan masalah untuk menjinakkan RB Salzburg. K Online

PUSINGAN KALAH MATI



ADVERTISING

BENFICA lwn REAL

VILLARREAL lwn MAN. CITY

ATLETICO lwn BAYERN



SALZBURG lwn LIVERPOOL

INTER lwn AJAX

SPORTING lwn JUVENTUS

CHLESEA lwn LILLE



PSG lwn MAN. UNITED

Pertembungan ego Messi, Ronaldo kembali marak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker