COVID-19: Kemasukan ke hospital di UK meningkat akibat Omicron

COVID-19: Kemasukan ke hospital di UK meningkat akibat Omicron

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengulangi gesaan agar rakyatnya mendapatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 susulan penularan varian Omicron ke seluruh negara itu.

Johnson memberitahu pemberita di Downing Street bahawa kemasukan ke hospital akibat virus itu meningkat 10 peratus secara nasional dari minggu ke minggu dan peningkatan hampir satu pertiga di London.

“Gelombang Omicron terus melanda seluruh United Kingdom dengan lebih 78,000 kes COVID-19 hari ini, jumlah harian tertinggi pernah dilaporkan.

“Kadar penggandaan Omicron di sesetengah wilayah kini turun kepada kurang daripada dua hari dan saya bimbang kita juga melihat peningkatan kemasukan ke hospital sebanyak 10 peratus secara nasional minggu demi minggu dan meningkat hampir satu pertiga di London,” katanya.

Johnson mengumumkan lebih 78,000 kes yang disahkan pada Rabu iaitu jumlah kes harian tertinggi pernah dilaporkan.

Johnson berkata semua individu yang berumur 18 tahun ke atas akan ditawarkan suntikan vaksin ketiga menjelang akhir bulan ini sebagai tindak balas kepada varian Omicron.

Lebih daripada 80 peratus individu berumur 12 tahun dan ke atas di Britain telah menerima dua dos vaksin dan 40 peratus orang dewasa telah mendapat tiga dos.

Cabaran UK kini adalah untuk memberikan dos penggalak kepada semua peringkat umur yang dibenarkan ambil vaksin.

Ini akan memerlukan penghantara 1 juta dos dalam masa sehari.-AA

COVID-19: Kemasukan ke hospital di UK meningkat akibat Omicron

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker