Pemandu Honda Civic ‘Koyak’, Lepas Geram Baling Botol Air

Pemandu Honda Civic ‘Koyak’, Lepas Geram Baling Botol Air Dari Tingkap Kereta

Ada sebab kenapa setiap kenderaan dilengkapi dengan lampu isyarat belok atau lampu signal. Namun, ia seperti menjadi satu beban buat segelintir pengguna jalan raya untuk menggunakannya.

Baru-baru ini seorang pemandu Honda Civic dirakam kerana menjadi ‘pembuli jalan raya’ apabila dia membaling botol air plastik dari tingkap keretanya kepada pengguna jalan raya lain.

Menurut hantaran asal video tersebut, pemandu Honda Civic tersebut ‘koyak’ setelah dia tidak diberikan ruang untuk masuk simpang oleh kerana jalan tersebut merupakan laluan sehala.

“Apa masalah kau? [Ayat carutan]. Signal tak bagi, tiba-tiba masuk macam itu,” jerit pemilik video dashcam setelah pemandu Honda Civic membaling botol air terus pada keretanya.

Bagaimanapun, penumpang disebelah pemilik video dashcam itu menenangkannya dan memintanya untuk meneruskan perjalanan supaya tidak berlaku pergaduhan yang lebih besar.

Hantaran video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berasa geram serta marah terhadap pemandu Honda Civic tersebut yang melakukan dua kesalahan serentak – membuli pengguna jalan raya lain dan tidak memberikan lampu signal semasa mahu masuk simpang.

Tambah orang ramai lagi, perbuatan pemandu Honda Civic tersebut seperti kebudak-budakkan hanya kerana tidak dapat bersabar sedikit, dia melepaskan geram pula kepada orang lain.

Netizen juga menyatakan tidak berbaloi untuk bergaduh dengan orang seperti itu kerana ia hanya membuang masa dan adalah lebih baik membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk dikenakan tindakan. Vc

Pemandu Honda Civic ‘Koyak’, Lepas Geram Baling Botol Air


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Honda Civic 2022 serba baharu

MLM 2021: Rosyam jawab kritikan diterima

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker