PM terima kunjungan hormat Setiausaha Negara AS

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony J Blinken di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini.

Ismail Sabri dan Blinken mengadakan pertemuan kira-kira setengah jam bermula 2.30 petang.

Turut hadir ialah Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

Blinken tiba di Malaysia pada malam Selasa untuk memulakan lawatan kerja dua hari ke negara ini dan Kuala Lumpur adalah persinggahan kedua Blinken sempena lawatannya ke tiga negara Asia Tenggara.

AS mula menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada tahun 1957.

Washington dan Kuala Lumpur kemudian meningkatkan hubungan dua hala kepada Perkongsian Komprehensif pada April 2014.

Antara Setiausaha Negara AS yang pernah melawat Malaysia ialah Mike Pompeo pada Ogos 2018, Rex Tillerson (2017), Hillary Rodham Clinton (2010) dan Condoleezza Rice (2006). – Bernama

PM terima kunjungan hormat Setiausaha Negara AS


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lelaki Mengamuk Pecahkan Cermin Kereta Isteri Dah Kena Tahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker