Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah
Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah
Mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Bandar Tun Razak, Cheras, petang semalam.
Mayat bayi itu ditemui pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mengambil sampah berhampiran kawasan tempat letak kereta bertingkat di Flat Bandar Tun Razak pada 5.50 petang.
Ketua Polis Daerah Cheras, Muhammad Idzam Jaafar, berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan tiada tangkapan setakat ini.
“Mayat bayi malang tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM, Cheras untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, iaitu menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584. FMT
Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampah
Baca Artikel Menarik :
- ‘Tengku Zafrul’ perdaya guru tadika, rugi RM4,200
- Uqasha: Buat umrah bukan untuk berseronok
- Akhirnya tersingkir, GV8 bukan pentas saya – Fazley Yaakob
- Bayar saman trafik di mesin ATM
- Tiada lagi selfie orang DAP dengan Mahathir, sindir Ronnie Liu
- Isu Nora Danish: Kebahagiaan tidak perlu diuar-uar dengan perkara maksiat
- Najib dikelilingi ‘Yes-men’ sorok kebenaran sehingga BN tumbang
- PRU 2018: Sabotaj di war room; di luar, BN bawa penyokong PH ke pusat undi
- Sedap Memang Sedap! Awas Punca Makanan Ini Mungkin Anda Hidapi Penyakit Berbahaya Seperti Kanser
- Saya tidak akan biar pegawai dan anggota saya ‘dibelasah’ – Ayob Khan
- Goreng ayam guna Ron97?
Layari Laman Facebook MYKMU</a