Rugi RM600,000 ditipu sindiket pelaburan bitcoin

Rugi RM600,000 ditipu sindiket pelaburan bitcoin

Seorang pengurus kanan sebuah syarikat insurans kerugian lebih RM600,000 akibat ditipu sindiket pelaburan bitcoin, sejak Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, berkata wanita berusia 40 tahun itu terbabit dalam pelaburan berkenaan melalui aplikasi telefon bimbit yang diperkenal oleh seorang lelaki warga asing.

Beliau berkata, mangsa mengenali lelaki berkenaan melalui nombor telefon antarabangsa pada awal Oktober lalu.

“Mangsa memuat turun aplikasi itu dan memindahkan wang RM1,000 ke dalam aplikasi berkenaan dan berjaya memperoleh keuntungan RM800. Sejak dari itu, mangsa mula yakin apa yang dikatakan suspek dan melakukan 31 transaksi ke lapan akaun berbeza membabitkan wang berjumlah RM648,800.

“Mangsa mula curiga apabila semua wang pelaburannya tidak lagi memperoleh keuntungan dan membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dalam setiap perkenalan dalam talian dan tidak terpedaya dengan janji manis kenalan alam maya. BH

Rugi RM600,000 ditipu sindiket pelaburan bitcoin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker