Cubaan larikan mesin ATM gagal

Cubaan larikan mesin ATM gagal

KUALA PILAH: Kedudukan kios mesin ATM berhadapan Balai Polis Johol, di sini tidak menghalang sekumpulan empat lelaki cuba melarikan mesin berkenaan 4 pagi tadi.

Bagaimanapun cubaan itu gagal apabila kabel disambung dengan sebuah van Nissan Vanette dan kereta Proton Iswara Aeroback untuk menarik mesin berkenaan putus.



Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, berkata kejadian disedari anggota yang bertugas di balai berkenaan selepas mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di kios berkenaan tidak berfungsi.

Katanya, anggota pergi membuat pemeriksaan sebelum terdengar dentuman kuat dari arah kios yang menempatkan mesin berkenaan.

“Hasil pemeriksaan daripada CCTV mendapati empat suspek lelaki cuba menarik keluar mesin ATM dengan menggunakan kabel dawai dan rantai besi,” katanya hari ini.

Amran berkata suspek kemudian melarikan diri tanpa sempat menarik keluar mesin ATM berkenaan.



Katanya kejadian itu menyebabkan struktur kios mengalami kerosakan yang dianggarkan RM8,000.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. BH

Cubaan larikan mesin ATM gagal


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker