Ikan Kepala Lut Sinar (Barreleye) Di Temui Di Dasar Laut [VIDEO]

Ikan Kepala Lut Sinar (Barreleye) Di Temui Di Dasar Laut [VIDEO]

LOS ANGELES: Sebuah kenderaan kendalian jauh (ROV) merakamkan video seekor ikan yang memiliki kepala lut sinar sehingga menampakkan bahagian isi dalamannya dan memiliki sepasang mata bercahaya di Teluk Monterey, California, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Ia berjaya dikesan oleh Institut Penyelidikan Akuarium Teluk Monterey (MBARI) dengan menggunakan ROV pada kedalaman kira-kira 609.6 meter di teluk tersebut yang terletak di luar pantai California.

Ikan itu mempunyai dua lekukan kecil di belakang mulut.

Pada kebiasaannya, panjang hidupan laut itu adalah lebih 15 sentimeter.



Kedua-dua mata hidupan laut itu berwarna hijau bercahaya dan memandang ke atas bagi membolehkan ia mengesan kuantiti maksimum cahaya dalam satu arah.

Ikan itu mempunyai deria penglihatan yang begitu kuat hasil daripada persekitaran yang mana tiada cahaya matahari boleh sampai kepada kedalaman lebih 600 meter.

Hidupan laut itu dikenali sebagai ikan barreleye di AS.

Penyelidik percaya mata hidupan laut itu mungkin telah membangunkan satu bentuk penapis cahaya yang membolehkan ikan tersebut mengabaikan cahaya matahari dan membolehkan ia melihat bioluminesensi ikan kecil serta ubur-ubur iaitu makanan kegemarannya.-SH /MBARI

Ikan Kepala Lut Sinar (Barreleye) Di Temui Di Dasar Laut [VIDEO]



Ikan Kepala Lut Sinar (Barreleye) Di Temui Di Dasar Laut [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama



‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker