Najib masih berpeluang tanding PRU-15?

Katanya, kedudukan seorang ahli Parlimen yang disabit kesalahan jenayah dengan hukuman penjara lebih setahun atau denda lebih RM2,000 berbeza dengan seorang calon pilihan raya.

Katanya, pada masa ini, belum ada tindakan dari Speaker Dewan Rakyat untuk melucutkan keahlian Najib ketika beliau disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi.

“Menurut perenggan (b) di bawah fasal (4) Perkara 48  Perlembagaan Persekutuan, jika dalam tempoh 14 hari terdapat rayuan atas sabitan maka kehilangan kelayakan itu akan mula berkuat kuasa apabila habis tempoh 14 hari dari tarikh rayuan itu atau prosiding lain yang dibereskan oleh mahkamah.



“Bagaimanapun peruntukan tersebut tidak terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau penggantian mana-mana orang ke dalam mana-mana satu Majlis Parlimen.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga boleh menolak pencalonan Najib jika beliau tidak dibebaskan oleh Mahkamah, atau diampunkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Baru-baru ini, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan sabitan salah terhadap Najib atas tujuh pertuduhan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

Tujuh pertuduhan yang dikenakan terhadap Najib membabitkan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan anak syarikat 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).



RUSDI OMAR

Penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Madya Dr. Rusdi Omar pula berkata, peluang Najib bertanding dalam PRU-15 masih ada, namun pilihan raya tersebut mesti diadakan dalam tempoh terdekat.

Katanya, pada masa ini, Najib masih mempunyai kelayakan bertanding apabila keputusan bersalah dan hukuman tersebut masih boleh ditangguhkan sehingga keputusan di Mahkamah Persekutuan.

“Jika diadakan PRU-15 lebih awal, Najib masih ada peluang untuk bertanding dan terpulang kepada Perdana Menteri sama ada akan membubarkan parlimen awal atau sebaliknya.

“Selagi proses perundangan masih berjalan dan Najib masih tidak masuk penjara, peluang Najib bertanding itu masih ada. Proses dilihat panjang lagi sehingga Mahkamah Persekutuan dan peluang bebas itu sebenarnya masih tinggi,” katanya.



Tambah Rusdi, daripada segi moral ia mungkin memberi kesan kepada Najib namun bekas Presiden UMNO itu sebenarnya masih mempunyai pengaruh yang cukup kuat.

“Malah, kalau kita lihat, pengaruh Najib juga antara yang membantu kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka baru-baru ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Najib masih berpeluang tanding PRU-15?


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kerajaan tidak berdiam diri isu harga barang naik – Ismail



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker