Macam-Macam Ragam, Lelaki Ini Dikesan Terima 10 Suntikan Vaksin COVID-19 Dalam Sehari

Macam-Macam Ragam, Lelaki Ini Dikesan Terima 10 Suntikan Vaksin COVID-19 Dalam Sehari

SEORANG lelaki di New Zealand dikesan telah menerima sebanyak 10 suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari.

Menurut Pengurus Kumpulan Operasi Program Vaksin negara itu, Astrid Koornneef, tindakan lelaki tersebut ‘bagi pihak’ orang lain adalah sangat mementingkan diri.



Katanya, siasatan terperinci kini sedang giat dijalankan.
“Kami sangat mengambil berat tentang situasi ini dan kami sedang bekerjasama dengan beberapa agensi lain bagi menyiasat kejadian ini,” katanya kepada New Zealand Herald.

Kementerian Kesihatan New Zealand tidak menyatakan di mana insiden tersebut berlaku.

Pakar vaksin Prof Madya Helen Petousis-Harris menyifatkan tindakan tersebut sangat “mementingkan diri” dan mengambil kesempatan ke atas individu yang memerlukan wang.

“Tindakan tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada mereka yang tidak menerima vaksin selain menyebabkan penularan virus,” katanya.

Jelasnya, tidak bahaya untuk mengambil beberapa dos suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari namun individu berkenaan akan mengalami demam dan sakit kepala yang lebih teruk pada hari seterusnya.

Siasatan awal mendapati lelaki tersebut mengunjungi beberapa pusat vaksin dan dibayar untuk mengambil suntikan itu, memetik laporan Stuff.-AA



Macam-Macam Ragam, Lelaki Ini Dikesan Terima 10 Suntikan Vaksin COVID-19 Dalam Sehari

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama



‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker