Treler bawa pendatang terbalik, 53 terbunuh

Treler bawa pendatang terbalik, 53 terbunuh

MEXICO CITY – Sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas trak yang dinaiki terlibat dalam nahas jalan raya di negeri Chiapas.

Lebih 100 orang, dipercayai pendatang asing dari Amerika Tengah berada dalam keadaan berhimpit-himpit di dalam treler itu ketika kenderaan tersebut terbalik.



Gambar dari tempat kejadian menunjukkan mangsa-mangsa bergelimpangan di seberang jalan di sebelah lori yang terbalik.

Terdapat juga barisan yang kelihatan seperti mayat yang diliputi cadar putih.

Ia adalah salah satu kemalangan terburuk seumpamanya di Mexico, dengan sekurang-kurangnya 58 orang cedera, beberapa parah, kata Luis Manuel Garcia, ketua agensi perlindungan awam Chiapas.

Beliau berkata, mangsa termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak.



Warganegara mereka belum disahkan, tetapi kebanyakan mereka berasal dari Honduras dan Guatemala.

Trak itu dilaporkan dipandu laju dan terbalik di selekoh tajam lalu melanggar jambatan pejalan kaki di jalan utama menuju ke ibu negeri Chiapas, Tuxtla Gutiérrez.

Chiapas, yang berjiran dengan Guatamala, merupakan lokasi transit utama bagi pendatang tanpa izin.

Ramai daripada mereka membayar penyeludup, yang mengangkut mereka secara haram dalam trak yang sesak dan berbahaya dalam perjalanan yang jauh.



Ramai daripada mereka membayar penyeludup, yang mengangkut mereka secara haram dalam trak yang sesak dan berbahaya dalam perjalanan yang jauh.

Sempadan AS-Mexico adalah lintasan tunggal paling maut di dunia menurut data daripada Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM).

Tahun ini sahaja, sekurang-kurangnya 650 orang telah terkorban ketika cuba menyeberangi sempadan – lebih daripada tahun-tahun lain sejak rekod IOM bermula. BBC

Treler bawa pendatang terbalik, 53 terbunuh




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram



‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker