Kenyataan Tony Pua tidak berasas, berunsur fitnah

Kenyataan Tony Pua tidak berasas, berunsur fitnah

Kenyataan Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua Kiam Wee, berhubung pelbagai isu di sebalik projek jajaran Transit Aliran Massa (MRT) 2 disifatkan sebagai tidak berasas dan mengandungi tuduhan berunsur fitnah.

Pengarah Urusan Gamuda Engineering, Justin Chin Jing Ho, berkata pendedahan dan penjelasan berhubung beberapa kejadian yang berlaku membabitkan pelaksanaan projek mega berkenaan pada 2018 lalu adalah amat tidak benar.

Mengemukakan penjelasan, beliau berkata, pecahan terbesar daripada penjimatan RM8.82 bilion yang diraih menerusi MRT2, terdiri daripada lapan perkara, meliputi skop pengurangan spesifikasi projek dan pembatalan aspek tertentu.

“Ia merangkumi penangguhan pembinaan dua stesen bawah tanah, selain pelbagai aspek pengurangan iaitu jumlah tren, sambungan stesen pertukaran dengan jajaran sistem lain, jumlah laluan masuk, jambatan, parkir bertingkat dan spesifikasi bangunan.

“Juga tersenarai ialah rasionalisasi kerja sistem mekanikal dan elektrikal MRT2 serta pembatalan penyediaan jalur lebar di stesen.

“Sebanyak 35 peratus penjimatan pula terdiri daripada kontingensi, bayaran balik dan jumlah keseluruhan, manakala lebihan lima peratus lagi ialah pengurangan margin MMC Gamuda, susulan pertukaran konsep pelaksanaan projek kepada ‘turnkey contract’ (kontrak siap guna).

“Kenyataan Kementerian Kewangan bertarikh 17 Januari 2020 berikutan perubahan konsep pelaksanaan projek MRT2 juga menggariskan bahawa ia dilaksana bagi memenuhi permintaan semasa, tetapi memberi ruang untuk kerja-kerja penambahbaikan dilakukan pada masa depan,” katanya menerusi surat terbuka, hari ini. BH

Kenyataan Tony Pua tidak berasas, berunsur fitnah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker