Laporan Pencapaian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Penting Bagi Tentukan Hala Tuju Kerajaan

Laporan Pencapaian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Penting Bagi Tentukan Hala Tuju Kerajaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata laporan pencapaian 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) penting dalam menentukan hala tuju kerajaan mencapai matlamat agar kehidupan lebih baik dalam kalangan Keluarga Malaysia. Tambah beliau lagi, aspirasi pentadbiran yang direncanakan kerajaan bukan janji kosong namun ia adalah usaha bersepadu dilaksanakan secara cekal.

Menurutnya, kerajaan sedar akan keperluan untuk bekerja bersama rakyat dalam memulihkan isu kesihatan dan ekonomi. Katanya, iktikad menjaga Keluarga Malaysia dibuat dengan setiap perancangan berpaksikan kesejahteraan rakyat supaya terpelihara seperti sebuah keluarga.



“Prestasi keseluruhan 100 hari Jemaah Menteri belum menepati sasaran 100 peratus seperti yang dihasratkan. Namun ketika ini, Ahli Jemaah Menteri sudah mencapai sekitar 90 peratus dan sesetengah prestasi tidak boleh dinilai daripada kaji selidik semata-mata. Maka, peratusan yang dicapai ini bukan alasan untuk kita mendabik dada sebaliknya ia menyuntik kesungguhan dan iltizam untuk kami terus bekerja bersama rakyat,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian 100 Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pada majlis sama juga, Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia kepada lapan penerima yang terkesan kerana kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 dan kemalangan jalan raya. Ismail Sabri turut meluangkan masa melawat pameran kementerian, agensi dan syarikat swasta selain beramah mesra dengan pengunjung.

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan sebanyak 24,300 peluang pekerjaan membabitkan 75 majikan ditawarkan melalui Karnival Kerjaya di program Aspirasi 100 Hari sepanjang empat hari ini.

Beliau turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas pencapaian ini yang bukan hanya memberikan tumpuan kepada petunjuk prestasi utama (KPI) tetapi mengambil kira persepsi Keluarga Malaysia melalui soal selidik yang diberikan.



“Pembabitan Keluarga Malaysia dalam menilai kepemimpinan, integriti, komunikasi, kebolehpercayaan, responsif dan empati setiap Jemaah Menteri dan kementerian amat dihargai. Seramai 190,914 ahli Keluarga Malaysia terbabit dalam tinjauan soal selidik oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Pengurusan Malaysia (Mampu) untuk menilai pencapaian Jemaah Menteri dan kementerian.

“Usaha ini permulaan bersejarah kerana penilaian 360 darjah buat pertama kalinya dilaksanakan untuk menilai pencapaian kerajaan dan saya berharap lebih ramai Keluarga Malaysia memberikan pandangan bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan memahami bahawa rakyat meletakkan harapan yang tinggi terhadap kerajaan ini namun 100 hari bukan jangka masa yang memadai untuk mengukur prestasi kerana masih terdapat ruang yang perlu diberikan perhatian serius dan ditambah baik.

“Secara kolektif, kita bergerak mengharungi dan menerjah rintangan dalam memacu negara ke hadapan bersandarkan semangat Keluarga Malaysia sejati,” katanya. Vc



Laporan Pencapaian 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia Penting Bagi Tentukan Hala Tuju Kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram



‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker