PrnSarawak: Saya tidak sokong bekas setiausaha politik saya – Rohani

PrnSarawak: Saya tidak sokong bekas setiausaha politik saya – Rohani

Ahli Parlimen Batang Lupar Rohani Abdul Karim menegaskan beliau tidak akan menyokong atau menaja calon Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro sekali pun pernah menjadi setiausaha politiknya sebelum ini.

Timbalan Ketua Wanita II Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu dalam kenyataan berkata, beliau memberikan sokongan 100% kepada calon daripada PBB yang bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12, terutama penyandang kerusi DUN Beting Maro, Razaili Gapor.

Beliau berkata, Razaili bukan nama asing dalam kalangan pengundi di Beting Maro kerana sudah dua penggal menabur bakti sebagai wakil rakyat dan kini sekali lagi beliau diberikan amanah bagi memastikan kejayaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada PRN ini.

Katanya, beliau sudah pasti akan menggerakkan seluruh jentera dan keringat yang ada bagi memastikan kemenangan besar menjadi milik semua calon GPS.

Saingan bagi kerusi DUN Beting Maro pada PRN ini menyaksikan pertandingan lima penjuru dengan penyandang Razaili dicabar oleh Safiudin Matsah (Bebas), Jacky Chiew Su Chee (Parti Bumi Kenyalang), Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR), dan Mohammad Arifiriazul Paijo (PAS).

Hari pengundian PRN Sarawak ditetapkan pada 18 Dis.

Rohani yang juga Pengerusi Sri Aman Development Agency (SADA) berkata, Beting Maro adalah salah satu DUN dalam Parlimen Batang Lupar selain Sebuyau dan Lingga.

Katanya, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan kesemua calon di DUN berkenaan memperoleh mandat daripada penduduk setempat sekali lagi. FMT

PrnSarawak: Saya tidak sokong bekas setiausaha politik saya – Rohani


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker