Datuk Seri didakwa tipu permohonan permit pekerja asing

Datuk Seri didakwa tipu permohonan permit pekerja asing

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang sebelum ini didakwa atas dua kesalahan rasuah pada Mac lepas, dituduh pula di Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas pertuduhan penipuan permohonan permit pekerja asing.

Mohammed Al Faizal Mohammed, 45, mengaku tidak bersalah memperdayakan seorang lelaki berusia 56 tahun untuk memindahkan wang RM115,100 ke dalam akaun Bank RHB milik tertuduh untuk tujuan permohonan permit pekerja asing.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Rawang dekat sini, antara 17 Julai 2020 dan 19 Jan 2021, lapor Bernama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Hafizah Rajuni membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Feb 2022 untuk sebutan semula kes.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi menawarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin. Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan dia perlu menanggung empat anak yang masih belajar selain merupakan penanggung tunggal keluarga.

Pada 18 Mac lepas, Mohammed Al Faizal didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM176,000 sebagai dorongan untuk membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan polis dan Jabatan Imigresen (JIM).

Tertuduh turut didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 23 Mac lepas atas pertuduhan meminta suapan berjumlah RM300,000 bagi membantu melepaskan 22 warga China dari tahanan pihak berkuasa sama. FMT

Datuk Seri didakwa tipu permohonan permit pekerja asing


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker