Tukang rumah maut digilis jentolak

Tukang rumah maut digilis jentolak

Seorang tukang rumah menemui ajal selepas dilanggar jentolak dalam kejadian di pusat perniagaan di Kilometer 29 Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, Jempol, Negeri Sembilan hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian pada 12 tengah hari tadi, seorang lelaki dikenali sebagai Mursidi, 45, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada bahagian kepala.



Siasatan mendapati, kemalangan berlaku apabila pemandu jentolak berusia 66 tahun tidak mengetahui mangsa berada di belakang sebelah kanannya sebelum mengundurkan jentolak tersebut.

“Ketika proses pemindahan barangan dilakukan, pemandu mengundurkan jentolak dan dipercayai tidak mengetahui mangsa berada di belakang sebelah kanannya.

“Pemandu jentolak sebelum itu ada melihat mangsa dan memintanya supaya beredar ke kawasan selamat kerana sedang mengalihkan batu simen dan besi di dalam premis itu, namun dia tidak perasan kelibat mangsa berada di belakang jentolak,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Hoo berkata, mangsa selalu datang ke premis itu membeli barang berikutan bekerja sebagai tukang rumah dan saling mengenali antara satu sama lain.



Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jempol bagi tujuan bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. FMT

Tukang rumah maut digilis jentolak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Berjoget lepas sah cerai depan pejabat agama

‘Asean Lady’ Milik Vincent Tan Akan Dijual Pada Harga RM143 Juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker