Malam Zikir Berkah serikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Malam Zikir Berkah serikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia

Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada malam Khamis diimarahkan dengan alunan zikir menerusi program Malam Zikir Berkah yang diadakan sempena Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia.

Turut hadir memeriahkan acara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu adalah Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang merupakan Penasihat Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Acara bermula 8 malam dijangka hingga 10.15 malam disertai oleh 272 peserta daripada Yadim dan beberapa agensi lain.

Acara dimulai dengan alunan Asmaul Husna, disusuli persembahan nasyid kumpulan Inteam dan Ustaz Munif Ahmad sebelum berlangsungnya Forum Perdana Keluarga Malaysia bertajuk ‘Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera’.

Majlis akan diakhiri dengan selawat dan bacaan doa selamat serta penyampaian sumbangan kepada beberapa rumah kebajikan.

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia diadakan di KLCC selama empat hari bermula Khamis dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia anjuran Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU) Jabatan Perdana Menteri itu, menampilkan galeri pencapaian kementerian, program bantuan, pameran kementerian dan agensi, persembahan kebudayaan, serta pameran dan jualan usahawan. Sinar

Malam Zikir Berkah serikan program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker