100 Hari Keluarga Malaysia ukir rekod baharu – Zuki

100 Hari Keluarga Malaysia ukir rekod baharu – Zuki

PENGANJURAN program 100 Hari Keluarga selama empat hari hingga Ahad ini disifatkan mengukir sejarah baharu yang unik dan istimewa.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, ia kerana buat julung kalinya semua kementerian dan jabatan di bawah kepimpinan 31 anggota Jemaah Menteri bekerjasama dalam satu sinergi yang cukup mantap.



Kata beliau, konsep Keluarga Malaysia yang diinspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bukan perkara asing lagi bagi rakyat Malaysia.

Mohd. Zuki memaklumkan, pengertian keluarga sangat bersesuaian dengan tema kita iaitu Aspirasi Keluarga Malaysia.

“Apabila disebut frasa Keluarga Malaysia ini, ia berkait rapat dengan nilai kekeluargaan kerana keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dala sebuah keluarga.

“Konsep Keluarga Malaysia ini juga dizahirkan tepat pada masanya, tatkala kita semua sedang diuji dengan pandemik COVID-19 yang telah mencetuskan krisis kesihatan dan memberi impak kepada tahap ekonomi negara.



“Inilah masanya untuk kita bersama-sama menghadapi cabaran akibat pandemik ini sebagai sebuah keluarga besar yang kasih dan prihatin terhadap nasib semua ahli.

“Aspirasi ini secara tidak langsung memberi kekuatan kepada kita semua untuk menghadapi cabaran yang mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM), hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zuki berkata, acara 100 Hari AKM itu melibatkan 31 kementerian dan jabatan; 102 reruai usahawan serta lebih 200 perkhidmatan kerajaan ditawarkan.



Malah lebih menarik, katanya, kebanyakan pengisian utama program itu bercirikan bertumpukan rakyat di mana rakyat boleh mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan kerajaan secara terus.

“Antara pengisian dan aktiviti yang begitu dekat di hati kita semua ialah Karnival Kerjaya Keluarga Malaysia; Jom Masuk Universiti; diskaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 80 peratus; padanan perniagaan; tawaran diskaun khas pembelian tiket KTM dan ETS; permohonan pertukaran kad pesara kerajaan; permohonan baharu dan semakan permohonan lain bagi perkhidmatan kerajaan serta banyak lagi.

“Acara ini juga akan turut mengetengahkan pelbagai pameran oleh jabatan kerajaan dan jualan produk oleh usahawan-usahawan yang terjejas akibat pandemik COVID-19,” jelas beliau. Utv

100 Hari Keluarga Malaysia ukir rekod baharu – Zuki




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram



‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker