Harimau kumbang serang kakitangan Perhilitan mati ditembak

Harimau kumbang serang kakitangan Perhilitan mati ditembak

SUNGAI SIPUT – Kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak berdepan detik cemas apabila harimau kumbang yang dijejaki bertindak menyerang mereka ketika operasi di Kampung Kelatap, Pos Perwor di sini hari ini.

Harimau kumbang jantan berusia antara sembilan ke sepuluh tahun itu adalah haiwan yang sama menyebabkan kecederaan parah kepada remaja lelaki Orang Asli, semalam.



Dalam kejadian sekitar pukul 3 petang itu, mangsa berusia 18 tahun cedera dengan kesan koyakan di kepala dan lengan selepas diserang ketika mencari kayu.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, tindakan haiwan liar itu yang meluru ke arah kakitangan menyebabkan mereka terpaksa melepaskan tembakan bagi menyelamatkan diri.

Katanya, seorang anggota telah terjatuh kerana terkejut namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pada pukul 8.30 pagi tadi, empat anggota Perhilitan Daerah Sungai Siput telah menemui Tok Batin Pos Perwor bagi mendapatkan maklumat dan menunjukkan lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.



Menurut beliau, hasil pencarian itu membawa kepada penemuan beberapa kesan tapak dipercayai harimau selain kesan darah yang masih baru pada rumput dan daun.

Beliau berkata, hasil penelitian pada bangkai harimau kumbang itu didapati terdapat banyak kesan kecederaan dipercayai tetakan parang pada kepala dan peha ketika bergelut dengan mangsa semalam. K Online

Harimau kumbang serang kakitangan Perhilitan mati ditembak


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Arab Saudi dikecam netizen, konsert Bieber halal, Tabligh haram

‘Saya pakai lagi seksi keluar dengan suami’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker