Dulu Muka Pecah Macam Saya Boleh Jadi Hero – Rosyam Nor

Dulu Muka Pecah Macam Saya Boleh Jadi Hero – Rosyam Nor

“Dulu Muka Pecah Macam Saya Boleh Jadi Hero” – Rosyam Nor Dedah Kini Ramai Nak Lihat Hero Berwajah Korea

Pelakon, penerbit dan usahawan, Datuk Rosyam Nor berpendapat yang penonton di Malaysia ketika ini sudah tidak berminat dengan berwajah sepertinya.

Kemunculan hero berwajah ‘jambu’ dan kurang ‘jantan’ adalah disebabkan peredaran trend semasa penonton yang terpengaruh dengan drama-drama dari Korea Selatan.

Zaman dahulu, muka ‘pecah rumah’ macam saya boleh jadi hero dan sebab itulah nampak muka jantan.

Menurut Rosyam, wajah-wajah yang berbentuk Korea lebih diminati sekarang ini dan fesyen zaman kini tidak sama seperti zamannya dahulu.

Rosyam turut memaklumkan yang zaman sekarang ini orang tidak berminat dengan wajah hero sepertinya kerana pemikiran mereka telah dijajah oleh pengaruh Korea.

Dalam pada itu, Rosyam turut mengulas kenyataan pelakon Faizal Hussein yang mengakui industri seni tanah air kini kekurangan pelakon lelaki yang memiliki sifat kejantanan.

Tidak menafikan kenyataan Faizal, Rosyam turut bersetuju yang zaman sekarang ini lebih ramai pelakon ‘adik-adik’ dan sangat berbeza dengan zamannya.

Sekadar info, Rosyam ditemui pada majlis pelancaran Program Perintis Usanita – Penjenamaan dan Pendigitalan Bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada Selasa. Bn

Dulu Muka Pecah Macam Saya Boleh Jadi Hero – Rosyam Nor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker