Berlakon OKU demi parkir khas

Berlakon OKU demi parkir khas

Ras Adiba mahu Lelaki berlakon OKU demi parkir khas mohon maaf

Senator Datuk Ras Adiba Radzi menyelar tindakan dua lelaki yang mempersenda dan berlakon sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) semata-mata mahu mendapatkan parkir khas OKU di sebuah pusat beli-belah popular di Kuala Lumpur.

Ras Adiba yang juga seorang Ahli Dewan Negara (Wakil OKU) memberikan amaran dan menuntut permohonan maaf daripada dua lelaki berkenaan menerusi sebuah video di Instagramnya sebentar tadi.



“Saya ingin memberikan amaran kepada saudara Iswan dan Ajim kalian semua telah mempersendakan dengan mengggunakan parkir OKU serta berlakon diri anda sebagai seorang OKU.

“Saya pohon kalian meminta maaf kepada komuniti OKU di negara kita,” ujar Ras Adiba.

Tambah bekas personaliti televisyen itu, sebagai suara kepada golongan OKU, beliau berasa kecewa dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan khas buat golongan OKU tanpa rasa bersalah.

“Sudahlah kami susah, orang di negara kita selalu memandang rendah terhadap kami dan orang semua menggunakan kemudahan yang dikhaskan untuk golongan OKU.



“Kita semua akan jadi OKU suatu hari nanti jangan sesekali kalian mempermainkan dan mempersendakan kami. Sila mohon maaf kepada golongan OKU,” selar Ras Adiba.

Terdahulu, Ras Adiba telah memuat naik sebuah video yang telah tular di aplikasi TikTok di Instagramnya.

Dalam video yang mengundang kemarahan orang ramai itu, pemilik akaun TikTok @iswanishak memuat naik video sahabatnya bernama Ajim berlakon menjadi OKU demi mendapatkan kemudahan meletakkan kereta di parkir khas OKU.

Ini bukanlah pertama kali Ras Adiba menyuarakan isu penyalahgunaan kemudahan OKU oleh golongan normal.



Terdahulu, Ras Adiba yang merupakan pesakit saraf tunjang yang lumpuh separuh badan pernah membangkitkan isu penggunaan tandas OKU oleh golongan normal. K Online

Berlakon OKU demi parkir khas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tarikh Pengumuman Kadar Jumlah Bonus Dan Dividen ASB 2021

Tolak cinta, kereta dibakar [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker