Jangan Pertikai JPA, Sila Kritik Dr Mahathir

Jangan Pertikai JPA, Sila Kritik Dr Mahathir

Jangan Pertikai JPA, Sila Kritik Dr Mahathir

JIKA merujuk pekeliling JPA, keputusan menarik balik elaun kritikal telah diputuskan semasa mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir sendiri!

Maka kepada Syed Saddiq dan yang lain, jangan pertikai JPA saja tapi sila kritik Dr Mahathir juga, jika benar2 ikhlas perjuangkan anak muda! Berani tak Saddiq?

Keputusan kerajaan PH yang menghapuskan Insentif Khidmat Kritikal (BIPK) perlu ditolak sehingga mereka membatalkan keputusan itu kerana tidak masuk akal dan menzalimi rakyat.

Contoh yang mudah, apabila doktor junior (yang mula bekerja tahun 2020) bertugas sebagai MO pada tahun 2022, mereka akan dibebankan dengan kerja yang banyak dan long hours sama seperti MO senior tapi dengan gaji yang lebih rendah! Di manakah logiknya?

Gaji doktor junior

Gaji doktor junior akan kurang sebanyak 15%, satu pengurangan yang sangat signifikan. Dan percayalah ….. bebanan kerja tidak akan kurang tapi akan semakin bertambah!

Begitu juga dengan konsep doktor kontrak yang dikhuatiri menyusahkan doktor untuk menyambung pelajaran kepakaran.

Benar ada doktor-doktor baharu tapi jumlah penduduk juga semakin bertambah. Malah, expectation pesakit semakin tinggi. Pengamal perubatan pun manusia juga yang ada keperluan dan tanggungan masing-masing.

Jika bercakap pasal ‘kritikal’, kerajaan PH sepatutnya merujuk kepada nisbah doktor dengan pesakit yang sangat rendah dan kritikal iaitu hanya 1 doktor bagi 520 pesakit (1:520)!

Target Kementerian Kesihatan ialah nisbah 1 doktor bagi 450 pesakit (1:450), itu pun masih rendah.

Begitu juga dengan tempoh contact pesakit dengan doktor sama ada di klinik-klinik, tempoh tunggu appointment seperti election surgery, prosedur seperti CT Scan atau Ultrasound dan follow ups, mengambil ubat-ubatan dan sebagainya. Saya pasti kita semua dan pegawai-pegawai JPA setuju bahwa tempohnya terlalu lama!

Jika berhujah sedemikian, saya pasti JPA tidak ada masaalah untuk membatalkan keputusan mereka itu. Jelas bahwa perkhidmatan doktor dan pengamal perubatan yang lain masih sangat sangat diperlukan.

Malaysia Medical Association ada buat petisyen membantah krputusan kerajaan PH ini :   http://chng.it/kdHPCLNr

Sungguh malang apabila kerajaan PH telah gagal prioritize dan memangsakan rakyat. Mereka sepatutnya memotong gaji dan elaun mereka dahulu. Begitu juga dengan pegawai-pegawai mereka dan bukannya menzalimi rakyat.

Cukup-cukuplah kerajaan PH membela towkey-towkey yang lari cukai disebabkan pengenalan semula SST. Nilai cukai tersebut dianggarkan ratusan bilion ringgit tapi masuk ke poket towkey-towkey ini. Perkenalkan semula GST dan hasilnya boleh digunakan untuk pembangunan negara bukannya dengan menyusahkan rakyat.

Dr Novandri Hasan Basri
25 Disember 2019

Jangan Pertikai JPA, Sila Kritik Dr Mahathir


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Tiada ruang kerjasama dengan Najib, Mahathir ulangi pendirian

Related Articles

One Comment

  1. ya ba jangan begitu………..jgn kasi peluang orang lari cukai guna SST

    CUBA GUNA GST TENGOK ORANG KAYA GARU KEPALA KA TIDAK

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker