Muhyiddin Arah Pinda Akta Pengambilan Tanah Kg Sg Baru Ketika Darurat Covid19?

Oleh Nurul Aisyah

ISU tanah Kampong Bharu mula digunakan oleh pihak Pakatan Harapan(PH) dan Perikatan Nasional(PN) termasuk Parti Pejuang untuk menyalahkan Datuk Seri Najib(DSN) sedangkan perkara tersebut tiada kaitan langsung dengan beliau.

Mungkin ramai yang keliru berkenaan isu Kampong Bharu , di sini Team Mykmu ingin menjelaskan bahawa isu yang sedang hangat dikatakan itu tidak melibatkan Kampong Bharu langsung. “Tanah Kampung Baharu” yang dikatakan dipaksa beli dengan harga RM400 satu kaki persegi itu BUKAN tanah dan BUKAN Kampong Bharu. Harga itu ialah untuk penghuni flat PKNS.

Isu yang viral sebenarnya hanya menjejaskan penghuni Kampung SUNGAI Baru sahaja bukan Kampong Bharu walaupun terletak berhampiran. Kampung Sungai Baru tidak berstatus “Pertanian Melayu Kampong Bharu (MAS)”.

Di bawah MAS, pemilik dikenakan syarat atau halangan, iaitu hanya boleh menjualnya kepada pembeli Melayu.

Kampung Sungai baru berstatus persendirian atau pajakan 99 tahun.

Ini berbeza dengan status tanah Kampung Bharu yang mengandungi tujuh perkampungan lain, iaitu Kampung Hujung Pasir, Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Paya, Kampung Kariah A, Kampung Kariah B serta Kampung Pindah yang ditadbir oleh Malay Agricultural Settlement (MAS).

Kampung Sungai Baru ini dah lama diintai broker sejak zaman PH lagi. Oleh itu, tidak hairanlah apabila PH dan PN mula berkuasa, mereka segera bertindak dengan apa cara sekali pun untuk mencapai matlamat mereka. Maka bermulalah episod yang dilihat sebagai penyalah gunaan kuasa secara sangat keji.

Muhyiddin Arah Pinda Akta Pengambilan Tanah

Arahan untuk mengambil tanah tersebut di bawah Akta pengambilan tanah diwartakan pada 21 Jun 2021(ketika kerajaan Muhyiddin) dengan mengunakan kuasa penuh darurat. Ketika itu, tiada parlimen dan Malaysia di bawah perintah darurat (Total Lockdown).

Malah berita pengambilan tanah tersebut juga tidak diumumkan kerajaan Muhyiddin waktu itu. Ini bermakna kerajaan PN telah menggunakan kuasa penuh Darurat untuk mengambil tanah secara senyap-senyap ketika “Total Lockdown” dikuatkuasakan.

Memang malang nasib rakyat di bawah pemerintahan PH dan PN. Namun apabila perkara ini terbongkar, PH, PN dan Pejuang tanpa ada rasa malu telah bertindak menyalahkan DSN dalam perkara ini.

Tindakan mereka yang cuba menyalahkan Datuk Seri Najib berkenaan pengambilan flat PKNS dilihat sangat tidak wajar. Akibatnya, kini PH, PN dan Pejuang menjadi bahan jenaka kerana cuba menganiaya DSN lagi sedangkan mereka tersalah lokasi, tersalah timing dan tersalah info.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker