Akmal jawab DAP – Malulah anak jantan kalau orang jual kita tidak beli
Akmal jawab DAP – Malulah anak jantan kalau orang jual kita tidak beli
Ketua Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Saleh membidas rakan sejawatannya dari DAP, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berhubung cadangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk mempertimbangkan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol.
Dalam satu hantaran di Facebook, Akmal menasihatkan Yii supaya mengajar pemimpin DAP supaya beradab.
“Semak semula siapa yang mulakan isu ini. Sila ajar pemimpin senior kamu untuk beradab. Sarang tebuan jangan dijolok. Hal Melayu Islam jangan nak menyibuk.
“Kalau tak mahu kami di sini biadap, jangan celupar, jangan mencabar!” katanya.
Yii dalam satu kenyataan, hari ini menyelar Akmal yang mahu menampal logo tidak halal pada dahi ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.
Katanya, meskipun setiausaha publisiti DAP itu membantah cadangan Jakim untuk mempertimbangkan mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan alkohol, pemimpin Umno itu boleh menentangnya dengan fakta dan hujah dan bukan panggilan nama.
Malah menurut Yii, kenyataan Akmal itu berbaur seksis dan misoginis (kebencian terhadap wanita) dan benar-benar biadab serta tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin belia di negara ini.
Mengulas lanjut, Akmal berkata, mereka boleh bersahabat dan berkawan dengan sesiapa sahaja, dan malah akan membalas dengan berlipat ganda kebaikan dengan orang yang berbudi pekerti.
“Tapi kalau kamu tiada pekerti dan hilang susila, mari kami tunjuk cara biadap dan kurang ajar yang sebenar
“Malulah anak jantan kalau orang menjual kita tidak membeli,” katanya lagi.
Semalam, menerusi satu hantaran video di Tik Tok, Akmal melabelkan ahli parlimen Seputeh itu sebagai ‘nyonya tua’, dan berkata Kok tidak sepatutnya mencampuri urusan agama Islam berkaitan pensijilan halal.
“Kalau kamu tak tahu tentang agama kami, jangan cakap. Kamu diam lebih elok dan saya minta juga kepada kerajaan sediakan satu logo non (tak) halal, tampal dekat dahi nyonya tua ini,” kata Akmal.
Tindakan itu dikatakan mencetuskan kemarahan sekutu kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dilihat mengeluarkan beberapa kenyataan yang tidak senada. Mk
Akmal jawab DAP – Malulah anak jantan kalau orang jual kita tidak beli
Baca Artikel Menarik:
- ‘Abang Bas’ direman, siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
- Ambulans rempuh lori parkir tepi jalan, pemandu dan jururawat cedera parah
- Linda Onn kecewa deejay baharu tiada etika
- Padah pakai cincin pada kemaluan
- ‘Pensyarah dari syurga’ terima penghargaan Kesuma, Lim dijadikan anak angkat
- Nak makan, makan, tak makan sudah – Anwar
- Teresa Kok buat ‘U-TURN’, sokong persijilan halal
- Osama Yamani kena rotan semasa tinggal di Pengasih bersama Jamal
- Syamsul, Sarah, Ira – Antara cinta, air mata dan pembalasan
- Kaki Eina Azman bikin muntah?
- Reedzwann reda dengan pemergian Nuraisyatul
- ‘Tentera bawang’ buat malu negara
- Bukan mudah untuk BN menang PRK DUN Mahkota
- Kontrak kontraktor Dewan Selera MRSM Taiping ditamatkan dan bakal disaman – Asyraf Wajdi
- Saya bukan Puan Mira kantin, jangan serang saya
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Betty Banafe dakwa siasatan polis tak ikut SOP disangkal PDRM (Video)
You must be logged in to post a comment.