Shahidan umum Jumaat cuti bagi Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya & Labuan

Jumaat depan (3 Disember) diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Wilayah Persekutuan, susulan kejayaan pasukan KL City FC merangkul kejuaraan Piala Malaysia semalam.

Berita baik itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dalam satu sidang media yang disiarkan di Facebooknya.

“Kemenangan semalam adalah pencapaian terbaik buat KL City FC setelah 32 tahun penantian untuk menjuarai Piala Malaysia, yang mana kali terakhir kemenangan adalah pada 1989.



“Justeru adalah dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju supaya hari  Jumaat 3 Disember 2021, diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena kejuaraan pasukan KL City FC.

“Pengisytiharan hari kelepasan am tambahan ini dibuat selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 bagi Wilayah Persekutuan,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Agong gusar penularan varian Omicron

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker