Orang lain berhutang, kenderaan kami yang disimbah cat

Orang lain berhutang, kenderaan kami yang disimbah cat

Johor Bahru: Empat kenderaan penduduk di Taman Tampoi Indah 2, Tampoi, Skudai di sini, disimbah cat oleh individu tidak dikenali awal pagi tadi.

Nazaruddin Bijan, 48, berkata, kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Aruz miliknya turut dijadikan sasaran pihak tidak bertanggungjawab itu.

“Kami sekeluarga tinggal di bangunan rumah kedai berhampiran. Saya menyedari kejadian jam 3.15 pagi selepas terjaga apabila anak menangis.

“Saya kemudiannya meninjau keadaan di luar rumah sebelum mendapati Perodua Aruz saya disimbah cat kuning.

“Selain itu, tiga kenderaan jiran, termasuk sebuah pacuan empat roda, turut disimbah cat,” katanya dihubungi.

Nazaruddin berkata, dia turut menemui nota ditinggalkan yang mencatat nama berserta alamat individu tertentu yang tidak dikenalinya.

Menurutnya, pada nota itu tercatat ‘owe money, pay money’ (pinjam wang, bayar kembali).

“Turut tercatat pada nota itu ialah nombor telefon yang boleh dihubungi bagi membincangkan soal pembayaran.

“Saya harap polis dapat menahan individu yang terbabit dalam kes simbah cat ini,” katanya.

Menurutnya, dia kerugian RM800 hingga RM1,000 kerana perlu membersihkan kesan simbahan cat pada Perodua Aruz itu.

Nazaruddin berkata, kejadian itu kali pertama berlaku sejak dia tinggal di kawasan perumahan berkenaan enam tahun lalu.

“Memang ramai penduduk memarkir kenderaan dan motosikal di ruang parkir berkenaan pada waktu malam hingga pagi.

“Saya harap kekerapan rondaan oleh polis di kawasan ini dapat ditingkatkan,” katanya.

Nazaruddin membuat laporan berkaitan kejadian di Balai Polis Tampoi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid mengesahkan menerima laporan polis berkaitan kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dihubungi. HM

Orang lain berhutang, kenderaan kami yang disimbah cat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker