Suami isteri melecur dalam kebakaran

Sebaran :

Suami isteri melecur dalam kebakaran

JELEBU – Sepasang suami isteri melecur di bahagian kaki dan tangan selepas rumah yang mereka diami di Kampung Kuala Pah dekat sini terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, Mohd. Fazzil Mohd. Yunus berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.34 dan tiba di lokasi kejadian sembilan minit kemudian.

“Setibanya di lokasi kami mendapati api sedang marak di sebuah rumah dua tingkat berkeluasan 18X20 yang diperbuat daripada kayu di bahagian atas dan batu di bahagian bawah yang musnah sebanyak 90 peratus.



“Terdapat beberapa kekangan seperti jalan agak kecil kerana rumah berkenaan berada di dalam kebun dan kami mencari jalan alternatif untuk sampai ke rumah tersebut.

“Sepasang suami isteri melecur sebanyak 30 peratus pada tangan dan kaki dipercayai cuba menyimbah air kepada api yang sedang marak dan terpecik ke anggota badan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunakan air sungai bagi memadamkan kebakaran kerana tiada pili bomba di kawasan tersebut.

“Siasatan awal mendapati rumah separa kekal berkenaan dipercayai terbakar dari bahagian atas yang diperbuat daripada kayu dan mereka berkemungkinan menggunakan pelita kerana tiada sumber elektrik di situ,” katanya. K Online



Suami isteri melecur dalam kebakaran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi

Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *