Gadis ucap terima kasih, pekerja warga asing menangis

Gadis ucap terima kasih, pekerja warga asing menangis

Ucapan ‘terima kasih, semoga hari anda indah’ daripada seorang wanita tempatan kepada seorang pekerja warga asing membuatkan pekerja itu berlinangan air mata menarik perhatian orang ramai.

Menerusi satu perkongsian di Twitter oleh @amieliaareesa memberitahu dia berasa terkejut kerana pekerja stesen minyak itu mengeluarkan air mata setelah menerima ucapan terima kasih daripadanya.



“Pekerja warga asing ini tolong isikan minyak kereta ayah saya, saya berada di tempat duduk penumpang di belakang lalu mengucapkan terima kasih kepadanya dan semoga hari anda indah, kemudian dia senyum selepas itu dia menangis.

“Saya tanya dia kenapa menangis, saya takut saya salah cakap, tetapi kata pekerja itu, saya merupakan orang pertama yang cakap terima kasih kepadanya, lalu membuatkan saya turut berasa sebak terhadap nasibnya,” tulisnya di laman Twitter.

Jelasnya, mengucapkan terima kasih kepada pekerja warga asing tidak memerlukan sebarang kos.

Rata-rata orang ramai turut memberi pandangan untuk sering mengucapkan terima kasih kepada mana-mana pihak mahupun inidvidu.



“Ucapan terima kasih tidak memerlukan sebarang kos, konklusinya, jika seseorang itu berbuat baik kepada anda, ucapkan terima kasih,” tulis @edthehairyfairy.

“Terima kasih kerana menjadi seorang yang sopan santun. Sebenarnya ia tidak memerlukan sebarang wang ringgit untuk kita mengucapkan kata-kata seperti ini,” jelas Haniza.

Sementara itu, anis rahim turut meninggalkan komen.

“Ajar anak-anak seawal boleh bercakap untuk mengucapkan terima kasih. Saya selalu pesan kepada anak-anak saya untuk mengucapkan terima kasih kepada semua orang terutamanya kepada guru-guru mereka,” ujarnya. K Online



Gadis ucap terima kasih, pekerja warga asing menangis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Selepas siakap dan sotong kini muncul pula ‘Roti Canai Kayangan’ di Langkawi



Mampu Tiru Enam Bunyi Enjin Kereta 100% Real (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker