Gaduh di lampu isyarat: Polis minta tampil bantu siasatan [VIDEO]

SEREMBAN: Polis sehingga kini masih belum menerima sebarang laporan berhubung insiden pergaduhan melibatkan dua individu yang berlaku di persimpangan lampu isyarat dekat Ampangan di sini.

Video kejadian tersebut turut tular di media sosial sejak kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pada 4 Mei lalu lebih kurang pukul 4.30 petang, telah terkesan video berdurasi 22 saat yang tular media sosial Twitter.



Jelas beliau, video berkenaan memaparkan dua buah kenderaan berhenti di lampu isyarat dan berlaku pergaduhan serta tumbuk menumbuk di antara dua individu.

“Hasil semakan lanjut mendapati kejadian tersebut berlaku di lampu isyarat di Ampangan namun pada masa dan tarikh yang tidak dapat dipastikan. Sehingga kini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden yang berlaku,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, punca kejadian pergaduhan tersebut tidak dapat dipastikan dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker