Majlis Keselamatan PBB tolak usul gencatan senjata di Gaza

Majlis Keselamatan PBB tolak usul gencatan senjata di Gaza

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menolak resolusi yang dicadangkan Russia bagi menggesa gencatan senjata kemanusiaan di Semenanjung Gaza.

Hanya empat negara lain bersama Russia yang menyokong draf resolusi itu dan empat lagi menentangnya, termasuk dari Amerika Syarikat. Enam lagi negara memilih untuk berkecuali.



Draf resolusi itu memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi menyokong dan tiada veto oleh lima anggota tetap – AS, Russia, China, Perancis dan Britain – untuk lulus.

Pengundian itu diadakan ketika Israel bersiap sedia untuk serangan darat di Semenanjung Gaza, selepas melancarkan serangan udara dan artileri yang telah membunuh sekurang-kurangnya 2,750 orang.

“Hari ini, seluruh dunia menunggu dengan sabar untuk Majlis Keselamatan mengambil langkah menamatkan pertumpahan darah, tetapi delegasi negara-negara Barat pada dasarnya gagal menepati jangkaan itu,” kata Duta Besar Russia untuk PBB, Vassily Nebenzia, selepas pengundian.

Russia pada Jumaat lalu, mencadangkan teks satu halaman yang turut menggesa pembebasan tebusan, akses bantuan kemanusiaan, dan pemindahan selamat orang awam yang memerlukan. Mk



Majlis Keselamatan PBB tolak usul gencatan senjata di Gaza

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly Mazlein perli siapa?



Rosnah Mat Aris mak tiri Ira Kazar?

Azira Shafinaz bikin panas ‘belanja lurah’



Lucy ‘tawan hati’ Wan Ismail Golok, ‘kawan yang setia dan ambil berat’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker