Aktivis buat provokasi panggil kami pondan, dakwa ahli MIC dituduh berkelakuan tak senonoh

Aktivis buat provokasi panggil kami pondan, dakwa ahli MIC dituduh berkelakuan tak senonoh

Seorang pemimpin MIC menafikan dakwaan beliau berkelakuan tidak senonoh terhadap seorang aktivis wanita, sebaliknya menegaskan setiausaha NGO itu yang melakukan provokasi dengan menggelar ahli parti berkenaan sebagai “pondan”.

“Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan wanita tersebut bahawa saya berkelakuan tidak sopan. Sebaliknya, dia yang mencetuskan provokasi dengan memanggil ‘Orang MIC semua adalah pondan’,” kata Timbalan Ketua Pemuda MIC Sungai Siput M Chandra Segaran.

“Saya meminta pihak polis agar membuat siasatan terperinci mengenai insiden tersebut,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Chandra membuat laporan polis membalas laporan dibuat aktivis berkenaan yang mendakwa seorang ahli MIC telah mengeluarkan kata-kata tidak sopan dan membuka zip seluarnya ketika lawatan ke kawasan perumahan di Sungai Siput untuk menyiasat masalah longkang tersumbat pada 25 Nov.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin sebelum ini mengesahkan polis telah menerima laporan wanita terbabit.

Menurut wanita itu, beberapa ahli MIC yang berada di lokasi itu menghalang ahli NGO berkenaan dengan memberi amaran supaya tidak mencampuri perkara itu.

Menurut laporan polis wanita itu, keadaan menjadi tegang apabila seorang ahli MIC berkenaan menggunakan kata kesat dan membuka zip seluar di depannya. FMT

Aktivis buat provokasi panggil kami pondan, dakwa ahli MIC dituduh berkelakuan tak senonoh


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker