Ada Wanita Hantar Gangguan Sihir Kepada Saya – Dai Syed

Sebaran :

Ada Wanita Hantar Gangguan Sihir Kepada Saya – Dai Syed

Penyanyi dan pendakwah bebas, Da’i Syed memaklumkan dia kini masih dalam proses berubat dengan beberapa Ustaz di Shah Alam dan Kajang.

Syed atau nama sebenar Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful berkata malas bekerja dan tekanan perasaan adalah antara kesan daripada gangguan sihir yang dialaminya.

Menurut Syed, ada seorang wanita yang menghantar gangguan sihir kepadanya.



Gangguan itu membuatkan saya menjadi tertekan dan malas bekerja. Tak boleh bekerja sebab tak fokus kepala saya jadi serabut.

Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Ya Habib itu turut memberitahu bahawa dia turut mengalami kesusahan untuk tidur dan takut untuk berjumpa orang.

Saya jumpa jarum dalam rak baju bilik saya. Ikutkan jarum itu tak pernah ada pun disitu tapi tiba-tiba muncul. Adik saya pun terjumpa duit syiling depan rumah.

Terdahulu, Syed mengakui dia pernah sengaja tidak memandang kamera ketika membuat video dan melakukan sesi Instagram Live (IG LIVE) kerana dinasihatkan kemungkinan boleh disihir atau santau melalui mata ketika melakukan IG Live. Bn



Ada Wanita Hantar Gangguan Sihir Kepada Saya – Dai Syed


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *