Ayob Khan antara empat individu dapat kurnia Sultan Johor

Ayob Khan antara empat individu dapat kurnia Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato’ Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) kepada empat individu.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi baginda, DMIJ yang membawa gelaran Datuk dikurniakan kepada Penasihat Undang-Undang Negeri Johor, Amir Nasruddin; Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dan bekas Duta Besar Malaysia ke Bahrain, Agus Salim Yusof.

Pegawai Daerah Kota Tinggi, Hazlina Jalil juga dikurniakan DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka.

Majlis pengurniaan darjah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda itu berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) kepada empat individu.

Penerima SIJ adalah Pegawai Daerah Tangkak, Mohammed Shakib Ali; Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor, Abu Bakar Abd Aziz; Pengarah Perangkaan Johor, Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Maimunah Othman. MG

Ayob Khan antara empat individu dapat kurnia Sultan Johor


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)

Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker