PRN Sarawak: BN tidak akan khianat ‘rakan’, sokong GPS 100%

PRN Sarawak: BN tidak akan khianat ‘rakan’, sokong GPS 100% tidak seperti Bersatu yang pada awalnya desas desus mahu bertanding dan akhirnya mengumumkan tidak akan bertanding. Ini berkemungkinan mereka menilai semula setelah mendapat keputusan PRN Melaka tempoh hari.

Menjelaskan keputusan itu Tan Sri Annuar Musa berkata, BN merupakan rakan akrab Gabungan Parti Sarawak (GPS), justeru ia tidak akan menyainginya.

“Kita sudah ada GPS yang disokongi kuat oleh rakyat Sarawak, dan sebuah kerajaan yang sangat berprestasi tinggi.



“Jadi tidak ada sebab untuk BN (bertanding di sini) walaupun keadaan ini buat pertama sekali dalam sejarah pilihan raya, sejak merdeka, BN tidak menyertainya, ” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Ahli Parlimen Ketereh itu menegaskan perkara itu bukti muafakat dan kerjasama antara BN dengan pimpinan GPS di Sarawak.

Sebelum ini, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu tidak bertanding dalam PRN Sarawak.

Sebaliknya kata beliau, Bersatu akan membantu GPS dalam pilihan raya negeri berkenaan.



PRN Sarawak: BN tidak akan khianat ‘rakan’, sokong GPS 100%


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRN Sarawak: PAS akan tanding



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker