Serbu pun tak guna selagi import jagung 100 peratus

Serbu pun tak guna selagi import jagung 100 peratus

SERBU pun tak guna sekiranya kita terus bergantung kepada jagung import 100 peratus untuk ternakan, demikian menurut seorang bekas menteri Kabinet.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang pernah menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, akibat keterbergantungan kepada jagung import menyebabkan penternak terdedah kepada harga pasaran dan naik turun mata wang.

Justeru, langkah terbaik adalah menghidupkan dan mengembangkan semula projek tanaman jagung bijirin yang pernah dilaksanakan sebelum ini.



Berikut kenyataan bekas Ahli Parlimen Kemaman itu menerusi Facebooknya hari ini.

Sebenarnya malas nak cerita barang yang lepas. Tapi bila melihat ramai nak jadi juara masalah dedak dan harga ayam, teringin pulak nak tambah.

Hasil pengeluaran jagung bijirin yang diusahakan di ladang Dadong, Kemaman, Terengganu. – Sumber: Facebook
Dulu dah mula projek rintis tanam jagung bijiran (grain corn) untuk makanan haiwan. Nak lawan pandangan “kita tak perlu tanam jagung bijiran, import sahaja 100 peratus”. 4 juta metrik tan atau lebih RM3 bilion setahun.

Pengimport tak suka kita tanam. Katanya, import lebih mudah dan harga lebih murah. Malaysia pula tak boleh keluarkan jagung bermutu tinggi, kata mereka.



Projek rintis di Dadong (Kemaman, Terengganu) dan ladang Encik K.N Ramana di Kedah, buktikan dua perkara.

Jagung kita lebih tinggi kandungan protennya dan bebas aflatoxin (racun dikaitkan dengan fungi oleh cuaca yang lembab). Ertinya boleh tanam dan boleh dikembangkan.

MOA (Kementerian Pertanian) ketika itu dah buat pelan jangka panjang. Tahun 2018-2032 untuk capai pengeluaran sehingga 30 peratus. Nak 100 peratus perlukan lebih 200,000 hektar tanah. MADA pun baru ada sekitar 120,000 hektar.

Tup-tup bertukar kerajaan. Tak ada siapa nak teruskan kecuali Encik Ramana tadi (sekarang untung besar). Tu pun baru sekitar 200 ekar. ‘Ciput’. Yang lain ada sikit sana-sini.



Kita sangat corot berbanding Indonesia yang mengeluarkan 13 juta metrik tan setahun, Filipina 8 juta, Thailand 5.6 juta. Cuaca mereka lebih kurang kita.

Kesian kat menteri KPDNHEP (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna). Serbu pun tak guna.

Bila kita import jagung 100 peratus, penternak ayam terdedah kepada harga pasaran dan naik turun mata wang kita.

Lagi banyak import lebih teruklah mata wang akan jatuh. Harga ayam, ikan sangkar dan ternakan lain yang bergantung kepada sumber jagung akan turut naik. Selain faktor pengeluaran lain.

Jadi KPDHEP kena serbu juga MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) kenapa tak banyakkan lagi eksport kita, atau tarik pelabur dan wang luar masuk kerana ia ada kaitan dengan nilai mata wang kita?

Atau terus serbu MOF (Kementerian Kewangan) supaya naikkan nilai mata wang kita. (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) pun dah lama turun. Bila lagi ringgit nak naik?

Ada cadang supaya beri subsidi dedak. Mmm… banyak belanja tu. Tapi masih bergantung kepada dedak yang asasnya diimport. Jangka pendek OK.

Bagi saya, baik bagi insentif tanaman jagung. Dulu di Dadong guna kawasan padi bukan jelapang yang hanya tanam setahun sekali, lepas tu, terbiar. Jagung pun macam padi. Lebih kurang 100 hari utk dapatkan hasil.

Banyak kawasan padi yang tak digunakan di Pahang, Terengganu atau Sabah. Tak payah tebang hutan. Tanah yang datar mudah guna jentera.

Kata orang tua-tua, berjagung-jagung dahulu sebelum tunggu padi masak.

Cuma sedikit pengalaman, berhati-hatilah dua musuh utama industri jagung bijiran – tikus dan politikus.

Yang kedua tu saya rasakan sendiri. Banyak mengkritik dan bila ambil tanggungjawab tak mahu teruskan walaupun ianya baik untuk masa depan. E9

Serbu pun tak guna selagi import jagung 100 peratus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker