PRN Sarawak: PAS akan tanding

PRN Sarawak: PAS akan tanding
Menu

Pas akan meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang akan berlangsung pada bulan hadapan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Pas Pusat akan berunding dengan PAS Sarawak pada hujung minggu ini bagi memutuskan jumlah kerusi yang akan ditandingi.

“PAS akan bertanding di Sarawak, dan memutuskan jumlah kerusi setelah perundingan dengan PAS Sarawak pada hujung minggu ini.

“PAS yakin pengundi Sarawak akan memberi undi kepada calon yang diturunkan terdiri daripada anak Sarawak dari pelbagai bidang kepakaran dan ketokohan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh lidah rasmi Pas, Harakahdaily.

Rakan Pas dalam komponen Perikatan Nasional, Bersatu telah memutuskan tidak akan meletakkan calon pada PRN Sarawak.

SPR menetapkan 18 Disember sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sarawak ke-12 sementara penamaan calon pada 6 Disember dan pengundian awal 14 Disember. SM

PRN Sarawak: PAS akan tanding


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker