PM rasmi pembukaan VTL darat Isnin ini

PM rasmi pembukaan VTL darat Isnin ini

ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual merasmikan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura melalui pelaksanaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) darat, Isnin ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, majlis perasmian pembukaan sempadan antarabangsa darat paling sibuk di dunia itu dijalankan pada pukul 10.45 pagi.

Katanya, pembukaan semula sempadan berkenaan sangat penting buat sektor ekonomi negara khususnya Johor yang merupakan negeri berjiran.

“Ketika sempadan antarabangsa Malaysia-Singapura ditutup akibat pandemik Covid-19 lalu, segala aktiviti ekonomi di pusat bandar raya Johor Bahru terhenti sehingga menjadi seperti bandar hantu.

“Namun saya bersyukur apabila kepimpinan kedua-dua negara telah bersetuju untuk berbincang dan capai kata sepakat agar pelaksanaan VTL darat dilakukan serentak dengan VTL udara pada 29 November ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Khas Rumah Johor di Gerbang Nusajaya, Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Majlis perasmian pembukaan VTL darat itu dijangka akan diadakan di Singapura dan turut melibatkan Perdana Menteri republik berkenaan, Lee Hsien Loong. Utusan

PM rasmi pembukaan VTL darat Isnin ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker