Kenyataan menyeleweng, Ustaz Muhaizad akan dipanggil JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil individu yang tular di media sosial kerana memberikan pandangan mengenai amalan mandi Safar dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary, berkata amalan mandi Safar adalah khurafat dan perkara itu sudah disebut dalam hadis Bukhari dan Muslim bahawa tidak ada kesialan dalam bulan Safar.

“Ini antara amalan jahiliah yang kita kena buang dan ubah masyarakat kita supaya tidak menganggap bulan Safar sebagai bulan sial,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 18 keluarga mangsa kebakaran di Jalan Gajah Mati, di Kota Bharu hari ini.

Khamis lalu, tular di media sosial kuliah seorang ustaz yang mengatakan, amalan mandi Safar dibuat pada Rabu terakhir bulan berkenaan sebagai usaha menolak bala.

Mengulas lanjut, Ahmad Marzuk berkata Jakim telah mengarahkan jabatan agama negeri supaya memantau kuliah agama oleh pemegang tauliah yang bebas mengajar di masjid dan disiarkan melalui media sosial.

“Pihak kita sudah ada perbincangan secara dalaman terhadap apa saja isu yang tular, dan kita memohon pihak berkuasa agama meneliti isi kandungan penceramah.

“Jika masyarakat kita cuba hidupkan kembali amalan mandi Safar ini, seolah-olah ia kembalikan kepada zaman jahiliah,” katanya.

Kenyataan menyeleweng, Ustaz Muhaizad akan dipanggil JAKIM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker