Hidup terdesak, rakyat syukur dengan bantuan yang diberi

Sebaran :

Hidup terdesak, rakyat syukur dengan bantuan yang diberi

Seorang rakyat marhaen berkongsi pengalaman bagaimana sukarnya hidup yang perlu dalam situasi masa kini.

Ramai yang masih terumbang-ambing menguruskan hidup dalam situasi sukar dan getir.

Namun sikap prihatin kerajaan sedikit sebanyak telah meringankan sedikit hidup rakyat.



Bantuan langsung diberikan kerajaan sedikit sebanyak meringankan hidup yang terjejas secara langsung.

Kisah itu dikongsi oleh Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Azmi Tarmizi di facebook beliau.

Kisah benar di hujung minggu

“Assalamualaikum Datuk. Maaf ganggu Datuk di hari cuti. Hanya nak maklumkan, Khamis lepas saya ada meeting di UKM dan di bank hanya ada baki RM22.



Maklumlah pasca Covid-19 ni Datuk, tentu masing-masing ada masalah sendiri. Esoknya otw ke UKM Bangi, saya berhenti di stesen minyak kerana mahu top up TNG, saya pinjam RM20 duit rakan yang ikut mesyuarat bersama saya. Sambil2 tu saya just tergerak cek ATM.

Terkejut besar saya apabila akaun bank saya ada 522, terus saya keluarkan 200, top up TNG 50 dan pulangkan RM20 duit rakan tadi.

Saya semak, syukur banyak duit GKP rupanya yang masuk 500! SubhanAllah. Syukur banyak DSIS ada umum tambahan GKP sebelum tu cuma saya tak sangka sayapun dapat!

Saya ingat saya dah tak boleh dapat sebab beberapa bulan lepas memang sudah terima.



Apapun mohon jasa baik Datuk sampaikan kepada DSIS, kadang2 bantuan kepada rakyat ini tak semuapun hargai, malah ada yang kecam. Saya rasa pemimpin UMNO dah biasa hal ini.

Tetapi Datuk, demi Allah, ada juga orang macam saya ni yang ada kalanya terdesak, tetapi tiba2 ada bantuan tak dijangka macam ini yang amat kami hargai. Orang yang tak berada di tempat kami mungkin tak rasa apa yang kami lalui.

Maka teruskan sahaja Datuk apa inisiatif baik untuk rakyat, tak kira dikecam atau dipuji, yang penting PASTI ada segelintir yang benar-benar terdesak tiada siapapun tahu betapa berterima kasihnya mereka ketika itu.

JazakAllahukhair Datuk. Semoga Allah Taala memberkati dan merahmati PM kita dan juga Datuk sentiasa, serta semoga BN akan terus memerintah agar dapat terus membantu rakyat In Sha Allah.” SM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Maradona Dikebumikan Tanpa Jantung, Mahu Elak Dicuri Oleh Peminat

Guna Android Box Tonton Siaran Swasta Tapi Tak Bayar, Ini Respon Mufti


Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *