Jalan kaki 290 KM, tunai nazar kerajaan benarkan rentas negeri

Jalan kaki 290 KM, tunai nazar kerajaan benarkan rentas negeri

Seorang lelaki nekad untuk berjalan kaki sejauh 290 kilometer merentas negeri Selangor, Pahang dan Kelantan sebagai nazar untuk pulang ke kampung halamannya di Kampung Bertam Baru di sini.

Mohd. Syahrizal Harun, 40, atau lebih dikenali sebagai Mat yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta di ibu kota berjaya menunaikan nazarnya selepas berjalan kaki selama empat hari.



Menurut Mat, sebelum ini dia tertekan kerana sudah dua tahun tidak dapat balik ke kampung halamannya akibat pandemik Covid-19.

Katanya, sebelum pengumuman kebenaran rentas negeri dibuat oleh pihak kerajaan, dia bernazar untuk pulang ke kampung dengan cara berjalan kaki sebagai tanda kesyukuran.

“Pada malam Khamis lalu, saya mula berjalan kaki bermula dari Tol Gombak, Selangor pada pukul 11 malam dengan berbekalkan pelitup muka dan air mineral. Alhamdulillah, saya selamat sampai di Hentian Gua Musang pada pukul 5 pagi tadi.

“Sepanjang perjalanan pada hari kedua dan ketiga, saya kerap kali berhenti kerana cuaca hujan dan merawat kaki yang melecet,” katanya ketika ditemui pemberita di Hentian Gua Musang hari ini.



Kepulangan Mat ke Gua Musang disambut oleh Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail bersama Ahli Dewan Undangan Nenggiri, Ab. Aziz Yusoff dan Yang Dipertua Majlis Belia Jajahan Gua Musang, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani. K Online

Jalan kaki 290 KM, tunai nazar kerajaan benarkan rentas negeri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Buli jalan raya rampas beg tangan (Video)



Satu Malaysia kena ‘game’ dengan Tauke



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker