Disyaki lakukan ugutan jenayah dan khianat, 4 sekeluarga ditahan

SHAH ALAM: Polis menahan empat sekeluarga yang disyaki mengugut serta melakukan perbuatan khianat terhadap seorang suri rumah dalam kejadian di sekitar Jalan Besar Kampung Tumbuk Darat, Tanjung Sepat, Kuala Langat dekat sini pada 24 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata, semua suspek berusia 21 hingga 49 tahun itu yang ditahan di rumah di Jalan Besar, Kampung Tumbuk Darat sekitar 9 malam, terdiri daripada ibu bapa dan dua anak perempuan mereka.

“Tangkapan tersebut susulan laporan oleh mangsa berusia 41 tahun itu yang mendakwa keretanya ditahan enam individu, termasuk tiga wanita ketika melalui Jalan Parit A, Kampung Tumbok Darat sekitar 12 tengah hari Rabu lalu.

“Mangsa mendakwa ditahan, di mana salah seorang daripada mereka menggunakan sebatang kayu memukul keretanya dan bertindak memecahkan cermin keretanya,” katanya dalam kenyataan.



Ridhwan berkata, punca kejadian dipercayai akibat salah faham susulan wanita itu memuat naik kenyataan di media sosialnya mengenai isu antivaksin dan mangsa pernah ke rumah suspek bagi memujuk ibu mertua salah seorang suspek mengambil suntikan vaksin, bagaimanapun ditolak.

“Suspek yang dipercayai tidak berpuas hati dan tersinggung dengan status dimuat naik wanita itu kemudian bertindak menyerang mangsa bersama ahli keluarga lain.”

Katanya, mereka semua direman empat hari bermula 25 Nov lalu sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular video 19 saat dari aplikasi Tiktok menunjukkan beberapa individu seakan-akan mengepung sebuah kenderaan dan salah seorangnya dilihat memegang sebatang kayu.



Disyaki lakukan ugutan jenayah dan khianat, 4 sekeluarga ditahan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Polis Thailand Beri Amaran Penjual Pancake Rangup Seksi Supaya Memakai Coli

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker