Australia kesan kes jangkitan Covid-19 pertama melibatkan varian Omicron

SYDNEY: Pihak berkuasa kesihatan di Australia mengesan kes jangkitan pertama melibatkan varian baharu, Omicron yang disifatkan lebih bahaya berbanding Delta.

Kes jangkitan itu dikesan selepas melakukan ujian Covid-19 terhadap dua penumpang yang tiba di negara ini dari Afrika Selatan.

Kedua-dua penumpang tersebut tiba di Australia menggunakan pesawat Qatar Airways melalui Doha.

Kedua-duanya disahkan positif Covid-19, menyebabkan pihak berkuasa kesihatan terus melakukan ujian lanjut mengenal pasti jenis varian jangkitan.

“Kedua-dua penumpang itu tidak mempunyai gejala dan kini menjalani kuarantin di pusat kesihatan khas, selain mereka sudah lengkap vaksinasi.

“Seramai 12 lagi penumpang dari Afrika Selatan yang menaiki penerbangan sama menunjukkan ujian negatif, namun masih perlu menjalani kuarantin,” menurut kenyataan pihak berkuasa kesihatan New South Wales. – AFP

 


 

PRU-15: Kepentingan rakyat adalah keutamaan, tarikh boleh dibincang – Pengerusi BN

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker