Netizen ‘hentam’ Anwar kerana kalah teruk di Melaka

Netizen ‘hentam’ Anwar kerana kalah teruk di Melaka

SELEPAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) menang besar di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dengan mendapat 21 kerusi, Pakatan Harapan (PH) memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi, tiba-tiba nama Datuk Seri Anwar Ibrahim trending di Twitter.

Manakan tidak, PKR yang dipimpin Anwar meletakkan 11 calon dalam PRN kali ini tetapi gagal untuk memenangi walaupun satu kerusi sehingga warga maya membidas teruk mengenai pencapaian parti itu yang merupakan komponen Pakatan harapan (PH)



Pada PRU-14 pada 2018, PKR menang tiga kerusi DUN dengan PH memperoleh 13 kerusi keseluruhan dalam pilihan raya tersebut.

Kebanyakan warga maya mahu kepimpinan pembangkang diserahkan kembali kepada generasi muda atau bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi faktor utama kemenangan mereka dalam pilihan raya umum yang lalu.

Ada yang menyalahkan Anwar atas sebab kekalahan pembangkang di Melaka kali ini kerana tindakannya berdegil mengambil bekas pemimpin Barisan Nasional (BN) yang berpaling tadah sehingga digelar ‘pemimpin katak.’

Anwar juga merupakan Pengerusi PH dilihat telah ‘meninggalkan’ Melaka dan berada di Miri, Sarawak pada ketika kertas-kertas pengundian dikira sehingga ada warga Internet berkata beliau telah tahu PH akan tewas teruk di Melaka.



Blogger yang melarikan diri ke luar negara, Raja Petra Raja Kamarudin membuat kenyataan dalam Twitternya: ‘Anwar Ibrahim knew Pakatan Harapan was going to eat dirt in Melaka, which was why he ran away to Sarawak (Anwar Ibrahim tahu PH akan kalah teruk di Melaka, sebab itu dia melarikan diri ke Sarawak.”

Eddyd bin Daud@eddydaud berkata: “Actually time for PH to ditch @anwaribrahim as its leader. PH really need another leader as soon as possible to face PRU15.” (Masa terbaik untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin, PH memerlukan pemimpin baru secepat mungkin untuk menghadapi PRU15)

Jaghead@Jaghead13 berkata, Unpopular Opinion : @chedetofficial is a better, more trusted and favored opposition leader than @anwaribrahim at this moment. Probably one of the few strong reasons why PH win GE14. (Pada masa ini, Tun Mahathir Mohamad merupakan pemimpin yang lebih baik, dipercayai dari Anwar Ibrahim. Beliau penyebab pembangkang menang di PRU-14)

alif@alipsonn berkata: “On a side note, anwar ibrahim should step down from ketua pembangkang role” (Anwar perlu meletak jawatan).



Kebanyakan daripada mereka menganggap Anwar sebagai sudah tidak relevan untuk terus memimpin PKR dan sepatutnya menyerahkan jawatannya kepada pemimpin lebih muda seperti Rafizi Ramli atau pun anaknya sendiri Nurul Izzah Anwar.

Keputusan PRN Melaka kali ini menyaksikan gabungan UMNO, MCA dan MIC memperoleh 21 daripada 28 kerusi DUN yang dipertandingkan manakala PH memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi. Utv

Netizen ‘hentam’ Anwar kerana kalah teruk di Melaka


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker