Mekanik alami tekanan jiwa ditemui maut terbakar

Mekanik alami tekanan jiwa ditemui maut terbakar

MARANG – Seorang mekanik yang mengalami tekanan perasaan maut selepas dipercayai membakar diri sendiri dan kereta Proton Wira miliknya di Jalan Pintas Kampung Gong Kassim-Pulau Rusa berhampiran Merchang di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 8.40 malam itu, lelaki berusia 34 tahun tersebut melecur hampir 80 peratus.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Mat Deris berkata, mangsa telah meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada pukul 5.30 pagi tadi.

Beliau berkata, sebelum itu, pasukan polis menerima laporan lelaki yang beristeri dua tersebut ditemui terbaring dalam keadaan terbakar tidak jauh dari kereta Proton Wira miliknya yang terbakar sepenuhnya berhampiran sebuah kebun getah.

“Dia kemudian dikejarkan ke Klinik Kesihatan Merchang sambil ditemani ibunya sebelum dihantar ke HSNZ setelah dilaporkan kritikal.

“Berdasarkan keterangan awal ahli keluarganya, lelaki itu dipercayai nekad membakar kereta dan dirinya menggunakan minyak yang dibeli sendiri,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, mangsa yang juga bapa kepada tiga anak dikatakan telah mengalami tekanan jiwa sejak lebih tujuh bulan lalu namun enggan untuk mendapatkan rawatan di hospital. K Online

Mekanik alami tekanan jiwa ditemui maut terbakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker