Lima pemandu mabuk ditahan dalam operasi

Sebaran :

Lima pemandu mabuk ditahan dalam operasi

Lima individu ditahan selepas didapati memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Alkohol dan Pencegahan Jenayah yang dilakukan di sekitar daerah ini semalam bermula pukul 10.30 malam hingga 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, operasi berkenaan dijalankan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bertujuan membanteras dan mencegah pengguna jalan raya yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Operasi dilakukan di beberapa lokasi sekitar Petaling Jaya yang diketuai oleh Deputi Superintendan (DSP) Mohd Ayob Abu (KBSPT) dengan kekuatan seramai dua pegawai dan 18 anggota.



“Sepanjang operasi, sebanyak 168 buah kenderaan telah diperiksa dan pihak BSPT Petaling Jaya dan telah menahan tujuh pemandu kenderaan yang memandu dengan pengaruh dadah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah beliau, lima daripadanya telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tahap alkohol melebihi paras yang dibenarkan.

“Pihak BSPT Petaling Jaya telah mengeluarkan sejumlah lapan saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Operasi ini akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas yang ditetapkan pihak berkuasa,” ujarnya. K Online



Lima pemandu mabuk ditahan dalam operasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Myvi baharu mula dijual, harga bermula RM45,700

Fitnah terbaru RM100j, Najib sekolahkan balik Mahathir


Sebaran :

Leave a Reply